ESEI: AYAT DALAM KARANGAN...!
Bahasa memainkan peranan utama dalam usaha seseorang melontarkan idea ketika mengarang. Bahasa yang baik dalam aktiviti mengarang semestinya bergantung kepada kriteria ayat-ayat yang digunakan dalam penulisan tersebut. Kriteria ayat-ayat yang baik adalah seperti:-
- Setiap ayat mestilah mempunyai subjek dan predikat yang lengkap. Ayat yang tidak mempunyai sama ada subjek atau predikat akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat tergantung dan tidak sempurna menyebabkan 'impression' pemeriksa terhadap karangan anda semakin menurun.
- Sekali-sekala sisipkan ayat-ayat dengan kosa kata luas agar ayat yang ditulis itu lebih menarik dan lebih matang.
- Pastikan ungkapan menarik / frasa menarik yang digunakan dalam karangan bersesuaian dengan ayat dan isi serta huraian isi.
- Bina ayat-ayat yang bervariasi seperti ayat tanya, ayat majmuk, ayat songsang, ayat pasif, ayat cakap ajuk dan sebagainya supaya tidak membosankan pemeriksa dan lebih menggambarkan kematangan karangan yang ditulis.
- Jangan menggunakan ayat yang panjang atau terlalu panjang kerana akan menjejaskan penyampaian isi karangan dan biasanya ayat-ayat yang panjang akan berbelit-belit susunannya.
- Pemilihan kata dalam sesuatu ayat mestilah menggunakan laras yang bersesuaian dengan tajuk atau tema soalan.
Comments
Post a Comment