HUKUM D-M...!

  • Hukum D-M menjadi asas kepada pembentukan frasa nama dalam bahasa Melayu. 
  • D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).
  • Mengikut Hukum D-M:
  1. unsur yang diterangkan itu merupakan unsur utama/pokok yang hadir di kedudukan pertama;
  2. unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir di kedudukan yang kedua.
  3. ringkasnya benda yang hendak diterangkan (kata nama) hendaklah berada di kedudukan depan manakala sifat benda (penerang) atau adjektif pula berada di kedudukan kedua.
Lihat contoh di bawah:-
Diterangkan/kata nama (D)
Menerangkan/adjektif (M)
kertas
bas
pendingin
serbuk
sup
kari
ayat
jawapan
negara
pasar
Restoran
hal-hal
pisang
sos
karangan
rumah
putih
sekolah
hawa
pencuci
ayam
ikan
contoh
pilihan
lain
raya
Aminah
lain
goreng
tomato
contoh
cantik

Comments

Popular Posts