TUGASAN ESEI F3 DELTA DAN GAMMA...!


PELAJAR 3 DELTA DAN 3 GAMMA

Arahan:-
  • Tulis karangan yang kepanjangannya melebihi 200 patah kata dengan memasukkan UBI yang relevan dalam setiap perenggan isi, pendahuluan mahupun perenggan penutup.
  • Pilih DUA soalan, kemudian tulislah karangan-karangan itu selengkapnya.
Soalan:-
  1. Banyak kes salah laku dalam kalangan remaja berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara rakan sebaya dapat membantu mengurangkan penularan kes salah laku dalam kalangan remaja?
  2. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013 semakin hampir. Ceritakan langkah-langkah persiapan yang telah anda lakukan demi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
  3. Fenomena 'rumah terbuka' menjadi semakin lumrah setiap kali musim perayaan menjelang. Huraikan kebaikan 'rumah terbuka' kepada anggota masyarakat.
  4. Kebersihan sesetengah sekolah masih tidak memuaskan. Walaupun telah diadakan pelbagai program untuk menyedarkan pelajar tentang pentingnya kebersihan, namun kejayaan program tersebut belum boleh dibanggakan. Tulislah tip-tip yang dapat membantu pihak sekolah dalam menjaga kebersihan kawasan sekolah.
  5. Kemiskinan bukan penghalang seseorang pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik. Sebaliknya jika mereka gigih berusaha tanpa jemu-jemu, sudah pasti mereka berjaya. Huraikan faktor-faktor kejayaan seseorang pelajar.
Peringatan:-
  • Tulislah karangan menggunakan kertas A4 (kertas kajang).
  • Dua hasil tulisan itu mesti dihantar sebelum jam 2.00 petang, hari pertama sekolah dibuka.
  • Anda digalakkan membuat rujukan tambahan untuk memperkemas fakta yang sedia ada.

Comments

Popular Posts