SOALAN TATABAHASA PERCUBAAN SPM 2013...!

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013
SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. 
     Senarai dan betulkan kesalahan tersebut.

(i)   Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam 
      dwi bahasa.

(ii)  Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah pegawai itu
      membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan syarikat.

(iii) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap tanam-tanaman demi
      kelestarian alam semulajadi. 
[6 markah]

JAWAPAN:-
(i)      bernama  > ternama
         dwi bahasa  > dwibahasa
(ii)    membangun  > membangunkan
         was-was  > waswas
(iii)  menghadkan  > mengehadkan
         semulajadi  > semula jadi

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
      tatabahasa. Senarai dan betulkan kesalahan tersebut.

(i)   Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak membelinya kerana berasa
      curiga.

(ii)  Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-kira 500 meter sahaja.

(iii) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap siaga untuk menghadapi
      peperangan.

JAWAPAN:-
(i)     dicap  > dicop
         di pembalut  > pada pembalut
(ii)    jauh  > jarak
         dan  > dengan
(iii)  mematuhi  > menjunjung
         ?         > ? 

Comments

Popular Posts