RENYAH: PERSOALAN MARUAH...!

Persoalan maruah pernah ditanyakan iaitu melalui soalan SPM 2007. Calon-calon dikehendaki menjelaskan  DUA peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Mari kita bincangkan soalan tersebut dan bagaimanakah jawapan dan teknik menjawabnya.

Soalan:
(a) 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan DUA peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. (KLON SPM 2007)
 [ 7 markah ]

Untuk menjawab soalan 7 markah, calon-calon MESTILAH mengemukakan sekurang-kurangnya DUA peristiwa yang berkaitan dengan persoalan maruah. Namun sebagai pelajar yang sentiasa berwaspada, TIGA peristiwa yang dikemukakan, adalah lebih SELAMAT. Hal ini berdasarkan skema; 

Skema:
Isi          - 4 
Bahasa   - 3 
               7

CONTOH JAWAPAN:

Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang telah diutarakan oleh penulis yang dapat dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah. 
Antaranya peristiwa Hasnol telah diburu oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan gejala rasuah. Hasnol telah menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan iaitu Tengku Munir bagi mendapatkan pelbagai projek. Peristiwa ini sudah tentu mencalar maruah Hasnol dan ahli keluarganya terutama sekali Datuk Dolhi, seorang tokoh korporat yang disegani. Maruah Datuk Dolhi akan tergugat dan dipandang serong oleh masyarakat kerana beliau sebagai seorang motivator yang gagal mendidik anak sendiri dengan sempurna.

Peristiwa kedua iaitu anak Datuk Dolhi, Dani telah ditangkap polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Peristiwa ini menyebabkan Datuk Dolhi begitu kecewa kerana bukan sahaja mencemarkan maruah beliau sebagai seorang bapa malah merosakkan reputasi beliau sebagai seorang tokoh korporat contoh dan berwibawa. Dengan tertangkapnya Dani yang dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah akan mendatangkan implikasi buruk kepada kedudukan Datuk Dolhi sebagai seorang usahawan ternama kerana gagal menjadi ketua keluarga yang baik.


Comments

Popular Posts