ESEI: IBU BAPA DAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK...!
PENDAHULUAN:-
- Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak.
- Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak.
- Ibu bapa yang semestinya mahu melihat kejayaan anak-anak suatu masa nanti sewajarnya memainkan peranan penting membantu mereka menghadapi peperiksaan besar seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain.
ISI-ISI: ( Peranan ibu bapa )
A. Sebelum Peperiksaan
- Menyediakan segala prasarana seperti bahan bacaan untuk rujukan, alat tulis, komputer dll.
- Mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental – tuisyen, bimbingan di rumah, mengambil berat tentang pelajaran.
- Sering berhubung dengan guru dan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak.
- Memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak mengganggu proses persiapan menghadapi peperiksaan.
- Mempersiapkan diri anak-anak dari segi fizikal – pemakanan makanan seimbang, ubat dan vitamin, sumber halal dll.
- Mempersiapkan diri anak-anak dari segi rohani – mendekatkan diri dengan Allah, solat, bacaan al-Quran dll.
B. Semasa Peperiksaan
- Sentiasa memastikan anak-anak tenang, yakin dan bersedia sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.
- Memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak – mengambil cuti untuk bersama dengan anak.
- Menjadi tempat rujukan anak.
- Memastikan kesihatan anak dalam keadaan yang baik.
- Membantu anak-anak ketika membuat ulang kaji.
- Memastikan emosi anak-anak tidak terganggu.
C. Selepas Peperiksaan
- Menggalakkan anak memperbanyak berdoa dan sembahyang hajat.
- Sentiasa memberikan dorongan yang positif.
- Mengurangkan bebanan anak-anak – melancong, makan angin dll.
- Menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti yang berfaedah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
Comments
Post a Comment