ESEI: USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM...!

Isu perpaduan sering diperkatakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini masalah yang berkaitan kes perpaduan ini semakin menjadi-jadi. Namun banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan kaum di negara kita adalah masih lebih baik berbanding dengan sesetengah negara lain di dunia.
Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah:-
  • Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan.
  • Rakyat pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa proaktif.
  • Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit demi meraih populariti.
  • Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil.
  • Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional.
  • Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan konsep perpaduan.
  • Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti jurang ekonomi, polarisasi petempatan, kerjaya dan seumpamanya.
  • Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program rumah terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain.
  • Menarik lebih ramai kaum Cina menyertai pasukan polis dan angkatan tentera, menjadi kakitangan kerajaan.
  • Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan sukan, pameran dan kesenian.
  • Menggalakkan perkahwinan campur.
  • Peranan pihak swasta dan NGO perlu dimaksimumkan.
  • Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi menjaga ketenteraman negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam.
  • Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek.
  • Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan tindakan segera juga perlu diambil bagi menanganinya.
  • Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar negara kita sentiasa kekal aman sentosa.

Comments

Popular Posts