PETUA ATASI PELUPA...!
Peperiksaan semakin hampir, banyak lagi tajuk yang belum dikuasai. Kerja sekolah bertimbun-timbun. Dan yang paling dirisaukan ialah semangat untuk mengulang kaji semakin hambar, sebaliknya perasaan malas dan bosan menghadap buku pelajaran semakin membuak-buak. Satu lagi masalahnya, apabila membaca pula, rasa cepat mengantuk dan sukar untuk mengingatkan apa-apa yang dibaca...... aduh, macam mana ni?
Begitulah fenomena biasa yang dihadapi pelajar apabila hampir menjelangnya tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan peperiksaan-peperiksaan lain di institusi pengajian tinggi.
Untuk membantu mengurangkan tekanan, cuba kongsikan petua 'atasi pelupa' di bawah yang cikgu peroleh daripada buku majalah 'anis' keluaran Jun 2011.
PETUA ATASI PELUPA
- Makan kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebiji-sebiji sehingga habis bukannya dimasukkan kesemuanya ke dalam mulut.
- Ambil sesudu madu. Masukkan ke dalam air suam. Amalkan minum ketika suam setiap pagi.
- Tidur awal dan bangun awal.
- Kurangkan makan dan minum makanan yang masam.
- Banyakkan makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
- Semasa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut (bercakap-cakap).
- Elakkan melihat kemaluan dan najis.
- Baca al-Quran setiap hari.
- Belajar bersabar dengan menunaikan solat sunat atau berdoa apabila ada masalah.
- Jaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru-guru, keluarga dan kawan-kawan.
Comments
Post a Comment