MERATA / MERATA-RATA...!


  1. Orang ramai gemar membuang sampah di merata tempat.
  2. Barang-barang yang terbuang itu diletakkan di merata.
  3. Bapa sedang merata tanah di belakang rumah.
  4. Kawasan padang yang berbonggol-bonggol itu telah merata setelah siap kerja baik pulih padang itu.
Penggunaan perkataan 'merata' dan 'merata-rata' sering ditemukan oleh cikgu dalam kerja penulisan pelajar. Kebanyakan pelajar menganggap bahawa kedua-dua patah perkataan tersebut sama dari segi makna dan fungsinya. Pendapat ini sebenarnya SALAH.
  • Sebenarnya 'merata' merupakan kata kerja yang bermaksud menjadi rata. Sila lihat contoh ayat 3 dan 4. Penggunaan kata 'merata' dalam ayat 3 dan 4 betul dari segi makna dan fungsinya.
  • Perkataan 'merata-rata' pula bermaksud tersebar ke mana-mana/ ada di mana-mana. Penggunaan kata 'merata' dalam ayat 1 dan 2 sepatutnya digantikan dengan perkataan 'merata-rata', barulah ayat-ayat berkenaan betul dan gramatis.
  1. Orang ramai gemar membuang sampah di merata-rata tempat.
  2. Barang-barang yang terbuang itu diletakkan di merata-rata.

Comments

Popular Posts