PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 28 August 2013

MENGESAN KESALAHAN TATABAHASA 2...!

PEMANTAPAN TATABAHASA 2
PMR 2013

TUGASAN:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

KATA PENGUAT/KATA ADJEKTIF/KATA BILANGAN/KATA PEMERI/KATA TANYA 

  1. Begitu besar sekali pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua orang tua kita.
  2. Baju-baju yang dijual di gerai itu mahal-mahal harganya.
  3. Kerja-kerja memperindahkan taman bunga itu telah menelan belanja sebanyak RM5,000.
  4. Setiap orang pelajar PMR 2013 dikehendaki ke dewan untuk mendengar taklimat penting.
  5. Penyanyi yang paling terkenal dan diminati sehingga kini adalah P.Ramlee.
  6. Setengah pelajar gemar melakukan perbuatan yang sia-sia ketika cuti sekolah.
  7. Bilangan peserta-peserta yang mengambil bahagian adalah terlalu sedikit.
  8. Pihak sekolah akan memperkasa PSS agar dapat banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar.
  9. Keadaan di dalam dewan itu sungguh riuh-rendah apabila pengerusi majlis gagal mengawal suasana.
  10. Para-para jemaah haji dinasihatkan agar menjaga pemakanan ketika berada di Tanah Suci.
  11. Ayah saya menjadi ahli persatuan guru-guru Semenanjung Malaysia.
  12. Adalah dimaklumkan bahawa sambutan kemerdekaan peringkat sekolah akan diadakan pada hari Ahad depan.
  13. Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang menjadi titik tolak campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.
  14. Jawapan soalan itu adalah berdasarkan buku teks.
  15. Beberapa guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di PPD Kota Bharu pada petang ini.
  16. Tanggungjawab yang terpikul di bahu tiap-tiap orang pemimpin negara berat amat.
  17. Dia memang gemar dengan keenakan buah durian.
  18. Lima orang pelajar-pelajar sekolah itu terpilih mengikuti kursus kepimpinan di PPD Kota Bharu.
  19. Banyak orang yang sukakan dengan sikap pegawai yang peramah itu.
  20. Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar.
  21. Ibu mengidam untuk makan berbagai jenis ulam semasa mengandungkan adik.
  22. Siapa yang ingin turut serta dalam lawatan itu diminta mengisi borang yang disediakan.
  23. Yang turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Pelajaran Negeri.
  24. Kita haruslah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.
  25. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang sangat terkenal di negara kita.

1 comment:

PROMOSI III