PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 31 August 2013

NOVEL: BIODATA PENGARANG...!

Soalan : Huraikan biodata pengarang novel yang anda pelajari.


Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Mohd Hassan. Beliau telah dilahirkan pada 1947. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-Laki Teluk Intan pada tahun 1954 hingga 1957. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan pada 1958 hingga 1960, sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan pada tahun 1960 hingga 1965. Selepas mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor. Antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Di Rahang Sumpah (1992), Sutera Dalam Lukisan (1993), Jerebu (1994), Khailee (1997) dan Diari Hati (2005). Selain itu, banyak kejayaan yang diperoleh beliau dalam penulisan karya sastera seperti memenangi tempat pertama Sayembara Novel GAPENA pada tahun 1976 menerusi novel Saga serta hadiah tempat kedua Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1977 menerusi novel Pelarian. Beliau juga  memenangi tempat kedua Sayembara Novel GAPENA dan Yayasan Sabah pada tahun 1979 menerusi novel Warisan.

ATAU


Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah novel Renyah, karya Gunawan Mahmood. Beliau dilahirkan pada 19 Januari 1959 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah LKTP Ulu Tebrau dan Sekolah Aminudin Baki, Johor Bharu. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Jakarta antara tahun 1988 hingga 1994. Kini beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah di Universiti Berkeley, Southern California. Antara karya yang dihasilkan oleh Gunawan ialah novel Tanah Ini, Cinta Daerah Perjuangan, Renyah, Namaku Ayoko dan cerpen Harga Sebuah Kematian, Pengantin Tuan dan Mencari Imam. Beliau pernah menerima 20 hadiah sastera, antaranya Hadiah Anugerah Cipta Karyawan Muda Johor Pertama (1996), Hadiah Sastera Perdana (1996/1997) dan Hadiah Sastera Malaysia (1988/1989). Beliau juga turut memenangi Hadiah Utama Novel Utusan Melayu Public Bank tahun 1993 dan 1994. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Johor.

Sumber: Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman

1 comment:

  1. Mutakhir ini, penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara kerana bilangan kes yang sentiasa meningkat saban tahun.Hal ini disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengendahkan kesan daripada virus ini yang mampu memberi penyeksaan yang boleh mendatangkan maut kepada penghidapnya.Kes ini berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang mementingkan kebersihan di kawasan persekitaran mereka.Kita juga dapat melihat punca kes ini merebak dengan cepat apabila tayar-tayar buruk dan sampah sarap bersepah kerana tidak dilupuskan dengan baik.Hal ini menyebabkan air bertakung apabila hujan turun dan pembiakan jejentik berlaku.Sikap masyarakat yang enggan mengambil tindakan segera apabila seseorang itu disyaki menghidap penyakit ini dan hanya tunggu untuk mengambil rawatan apabila penyakit bertambah kronik.Masyarakat seharusnya mengambil rawatan yang segera kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.


    Nuen dan Izham :)

    ReplyDelete

PROMOSI III